SEJARAH


Sejarah SMKTP

Nama sekolah ini dipilih berdasarkan nama kampung dimana sekolah ini dibina. Sekolah ini mula dirancang dan dibina pada tahun 1992. Ia siap dibina pada 01 November 1994 dan mula beroperasi pada 01 Disember 1994. Sekolah ini dibina di atas sebuah cerun bukit yang telah diratakan di kawasan kampung Tasek Permai, Mukim Ampang, Selangor. Kontraktor pembinaan utama ialah Syarikat Pembinaan Tenompok Sdn. Bhd. Pihak berkuasa yang menyelia pembinaan sekolah ini ialah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kajang. Tarikh penyerahan bangunan sekolah ialah pada 20 November 1994 dari JKR kepada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat. Wakil PPD Hulu Langat ialah Tn. Hj. Hatim bin Mohd Arshad .
Bilangan murid pada permulaan sesi pertama persekolahan pada 01 Disember 1994 ialah seramai 802 orang. Bilangan guru pula ialah seramai 39 orang manakala bilangan kakitangan sokongan seramai 2 orang (seorang pembantu tadbir dan seorang lagi PAR). Bilangan kelas pada ketika itu ialah sebanyak 7 buah kelas untuk Tingkatan Peralihan (dari sekolah-sekolah ‘Feeder’), 8 kelas untuk Tingkatan 1 dan 6 kelas untuk Tingkatan 2. (Murid Tingkatan 1 dan 2 dipindah masuk dari SMK Taman Kosas)
Kemudahan seperti kantin dan kedai buku juga beroperasi buat pertama kalinya pada hari tersebut. Tarikh Penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ialah pada 02 April 1995. Peperiksaan PMR pertama ialah pada tahun 1997 manakala Peperiksaan SPM pertama ialah pada tahun 1998. Pengetua pertama sekolah ini ialah En. Lee Yoke Kum dan telah bersara pada 23 Mei 2001.
Pengetua kedua ialah En. Ismail bin Musa dan telah melapor diri pada 01 Julai 2001 dan jumlah guru ketika itu ialah seramai 92 orang dan kakitangan sokongan pula seramai 11 orang. Jumlah murid pula adalah seramai 1785 orang. Sekolah ini telah dinaikkan gred menjadi sekolah Gred A pada 01 Jun 2002 Pada tahun 2005 En Ismail bin Musa dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat. Diganti pula oleh Pn. Zaini bt Mohamad Zain sehingga 2006. Apabila Pn Zaini bersara dari perkhidmatan awam, jawatan pengetua di ganti pula oleh Pn.A-Inah bt Baharom  sehingga 2009.  Pada  tahun  2009  Pn. A-Inah berpindah ke SMK Pandan Indah dan bermula dari tahun 2009 Pn.Rohaya Bt Sharifin pula mengalas jawatan sebagai pengetua di SMK Tasek Permai. Beliau menjalankan amanah yang diberikan di SMK Tasek Permai sehingga tahun 2012 dan diminta untuk menyumbangkan khidmat beliau di tempat yang baru. Kekosongan jawatan yang ditinggalkan diganti pula oleh seorang pengetua iaitu Pn Che Ratni binti Muhamad. Ibarat patah tumbuh hilang berganti, beliau pula dikehendaki menyumbangkan khidmat beliau di tempat yang lain pada tanggal 2015. Kekosongan tempat tersebut pula telah diisi oleh seorang pengetua baru iaitu Pn Rabiya Binti Mohamad Sultan. Banyak idea-idea baru yang dibawa untuk menjayakan SMKTP oleh beliau namun perkhidmatan beliau diperlukan ditempat yang baru. Oleh yang demikian tempat beliau digantikan pula oleh En Mashudi Bin Khailani yang mula berkhidmat pada Oktober 2019. Kini setelah beberapa bulan SMKTP tidak diterajui oleh pengetua, pada bulan Mac 2023 Puan Sarbanun Bt. Ismail telah melapor diri sebagai pengetua di SMKTP. 




PENGETUA-PENGETUA SMK TASEK PERMAI, AMPANG

1-En. Lee Yoke Kum 1994 - 2001
2-En. Ismail B Musa 2001 - 2005
3- Pn. Zaini Bt Mohamad Zain 2005 - 2006
4- Pn. A-Inah Bt Baharom 2006 - 2009
5- Pn. Rohaya Bt Sharifin 2009 - 2012
6- Pn Che Ratni binti Muhamad 2012 - 2015
7- Pn Rabiya Binti Mohamad Sultan 2015 - 2019
8- En Mashudi Bin Khailani 2019 – 2022
9- Pn. Sarbanun Bt. Ismail 2023 – ( sekarang )


No comments:

Post a Comment